DUNIA
Letupan bom kereta gegarkan kawasan Damsyik, tiada kemalangan jiwa dilaporkan
Kereta Austin usang yang meletup dalam kejadian di kawasan berhampiran Hotel Golden Mezzeh di Lebuh Raya Mezzeh, barat Damsyik. Foto Sinar Harian/Agensi
DAMSYIK: Insiden letupan bom kereta menggegarkan kawasan berhampiran Hotel Golden Mezzeh di Lebuh Raya Mezzeh, barat Damsyik, pada malam Sabtu, lapor Xinhua.
Letupan yang kedengaran di beberapa kawasan ibu negara itu tidak mengakibatkan sebarang korban jiwa atau kerosakan harta benda, lapor agensi berita Syria, SANA memetik Ketua Polis Damsyik Osama Mohammad Khair Atkeh.
Beliau berkata alat atau peranti letupan buatan sendiri (IED) itu diletakkan di dalam sebuah kereta Austin usang yang telah lama diletakkan di kawasan berkenaan.
Menurut televisyen kerajaan, pasukan lapangan segera dikerahkan ke lokasi, manakala unit khas menjalankan pemeriksaan rapi bagi memastikan keselamatan penduduk dan mencegah sebarang cubaan sabotaj.
Letupan itu mencetuskan panik seketika dalam kalangan penduduk, namun pihak berkuasa menegaskan keadaan adalah terkawal.
-- BERNAMA