awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan bom kereta: Polis Turki tembak mati dua penyerang di Izmir

Agensi
Agensi
05/01/2017
14:27 MYT
Letupan bom kereta: Polis Turki tembak mati dua penyerang di Izmir
Polis Turki menembak mati dua penyerang dan sedang memburu suspek ketiga susulan insiden letupan kereta di luar kompleks mahkamah di bandar Izmir. -AP
Polis Turki menembak mati dua penyerang dan sedang memburu suspek ketiga susulan insiden letupan kereta di luar kompleks mahkamah di bandar Izmir di Turki pada Khamis.
Letupan itu mencederakan sekurang-kurangnya 10 orang, lapor media tempatan sepertimana dipetik oleh Reuters.
Letupan itu diakibatkan oleh bom kereta, menurut setiausaha agung majlis perbandaran Izmir Bugra Gokce kepada CNN Turk.
Sumber daripada pasukan keselamatan memaklumkan kepada Reuters yang polis telah menembak mati dua penyerang susulan letupan, dan agensi berita Anadolu melaporkan suspek ketiga sedang diburu.
Sumber hospital berkata 10 mangsa yang cedera telah dibawa masuk.
Pengeboman ini berlaku kurang seminggu selepas seorang penyerang menembak mati 39 pengunjung kelab malam di Istanbul pada Tahun Baru dalam satu serangan yang didalangi oleh Daish.
Penyerang terbabit masih bebas.
Topic Berkaitan
#daish
#dua penyerang
#letupan kereta
#luar mahkamah
#Polis Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan