DUNIA
Letupan di Balai Polis Kashmir ragut sembilan nyawa, lebih 30 cedera
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada letupan mempunyai kaitan langsung dengan aktiviti kumpulan bersenjata atau kecuaian dalam pengendalian bahan letupan. -Foto Reuters
SRINAGAR: Sekurang-kurangnya sembilan individu terbunuh manakala lebih 30 lagi cedera dalam insiden letupan membabitkan bahan letupan rampasan di Balai Polis Nowgam, wilayah Kashmir yang ditadbir India, lewat malam pada Jumaat.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Letupan berlaku kira-kira pukul 11.20 malam waktu tempatan ketika pasukan forensik bersama pegawai polis menjalankan pemeriksaan bahan bukti berkaitan siasatan insiden letupan kereta berhampiran Red Fort, New Delhi baru-baru ini.
Menurut laporan media tempatan yang memetik sumber polis, kebanyakan mangsa terdiri daripada anggota polis dan pegawai forensik. Dua pegawai pentadbiran tempatan turut disahkan maut.
“Proses pengecaman mayat sedang dijalankan kerana sebahagian mangsa mengalami kebakaran teruk,” kata seorang pegawai yang enggan dikenali kepada agensi berita Reuters.
Letupan turut menyebabkan kebakaran beberapa kenderaan yang diparkir berhampiran balai, serta mencetuskan panik dalam kalangan penduduk sekitar.
Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar letupan dan tahap keselamatan penyimpanan bahan bukti di kemudahan polis.
Insiden ini berlaku dalam suasana tegang di wilayah bergolak itu, yang sering menyaksikan kejadian keganasan dan ketegangan politik antara India dan Pakistan.
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada letupan mempunyai kaitan langsung dengan aktiviti kumpulan bersenjata atau kecuaian dalam pengendalian bahan letupan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya sembilan individu terbunuh dan lebih 30 cedera dalam letupan di Balai Polis Nowgam, wilayah Kashmir yang diperintah India, melibatkan bahan letupan rampasan.
- Mangsa majoritinya terdiri daripada anggota polis, pegawai forensik, dengan dua pegawai tempatan turut maut; proses pengecaman mayat sedang dijalankan.
- Letupan menyebabkan kebakaran kenderaan berhampiran balai, mencetuskan panik; siasatan lanjut dilakukan untuk kenal pasti punca serta keselamatan penyimpanan bahan bukti di kemudahan polis.
Letupan berlaku kira-kira pukul 11.20 malam waktu tempatan ketika pasukan forensik bersama pegawai polis menjalankan pemeriksaan bahan bukti berkaitan siasatan insiden letupan kereta berhampiran Red Fort, New Delhi baru-baru ini.
Menurut laporan media tempatan yang memetik sumber polis, kebanyakan mangsa terdiri daripada anggota polis dan pegawai forensik. Dua pegawai pentadbiran tempatan turut disahkan maut.
“Proses pengecaman mayat sedang dijalankan kerana sebahagian mangsa mengalami kebakaran teruk,” kata seorang pegawai yang enggan dikenali kepada agensi berita Reuters.
Letupan turut menyebabkan kebakaran beberapa kenderaan yang diparkir berhampiran balai, serta mencetuskan panik dalam kalangan penduduk sekitar.
Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar letupan dan tahap keselamatan penyimpanan bahan bukti di kemudahan polis.
Insiden ini berlaku dalam suasana tegang di wilayah bergolak itu, yang sering menyaksikan kejadian keganasan dan ketegangan politik antara India dan Pakistan.
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada letupan mempunyai kaitan langsung dengan aktiviti kumpulan bersenjata atau kecuaian dalam pengendalian bahan letupan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah jumlah individu yang terbunuh dalam insiden letupan di Balai Polis Nowgam, wilayah Kashmir?
A: Sekurang-kurangnya sembilan individu terbunuh dalam insiden letupan di Balai Polis Nowgam, wilayah Kashmir. - Q: Siapakah yang terutama menjadi mangsa dalam insiden letupan tersebut?
A: Kebanyakan mangsa terdiri daripada anggota polis, pegawai forensik, dan dua pegawai pentadbiran tempatan. - Q: Apa tindakan yang diambil pihak berkuasa selepas kejadian letupan di Balai Polis Nowgam?
A: Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar letupan dan tahap keselamatan penyimpanan bahan bukti di kemudahan polis. - Q: Apakah kesan sampingan letupan tersebut terhadap kenderaan yang diparkir berhampiran balai?
A: Letupan tersebut menyebabkan kebakaran beberapa kenderaan yang diparkir berhampiran balai. - Q: Mengapakah suasana di wilayah Kashmir dianggap tegang sebelum kejadian letupan di Balai Polis Nowgam berlaku?
A: Wilayah Kashmir dianggap tegang kerana sering menyaksikan kejadian keganasan dan ketegangan politik antara India dan Pakistan.