[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Letupan di luar pejabat Hellenic Train

Astro Awani 12/04/2025 | 00:15 MYT
Anggota polis dari bahagian forensik memeriksa kawasan selepas sebuah bom meletup di luar pejabat Hellenic Train. - Foto AP
ATHENS: Polis Greece maklumkan, satu letupan berlaku di luar pejabat Hellenic Train di Athens pada Jumaat.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.
Pihak polis segera mengawal kawasan tersebut selepas dua organisasi media tempatan menerima panggilan amaran bahawa satu bahan letupan akan diletupkan dalam tempoh 35 minit.
Susulan itu, bangunan berkenaan telah dikosongkan setelah satu beg mencurigakan dikesan di kawasan tersebut.
Menurut pegawai polis, siasatan awal menunjukkan letupan itu berkemungkinan berpunca daripada bom buatan sendiri.
Bagaimanapun, tiada pihak setakat ini tampil mengaku bertanggungjawab atas insiden tersebut.
Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti dalang dan motif di sebalik kejadian itu.
#letupan #bom #Hellenic Train #kecederaan