Letupan di masjid Kabul, imam antara puluhan dikhuatiri terkorban

Astro Awani
Ogos 18, 2022 02:18 MYT
Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah masjid yang terletak di Khair Khana, Kabul. - Foto REUTERS
KABUL: Sekurang-kurangnya 20 maut dalam kejadian letupan di sebuah masjid di Kabul, Afghanistan pada Rabu malam.
Menurut pegawai kerajaan yang tidak ingin dikenali, puluhan lagi cedera dalam insiden terbabit yang berlaku ketika jemaah sedang solat berjemaah, memetik laporan Al-Jazeera.
Setakat ini, angka korban sebenar belum didedahkan pihak berkuasa namun, laporan Reuters menyebut pegawai Taliban mengesahkan sekurang-kurangnya 35 individu cedera atau maut dalam kejadian tersebut.
Tambahnya angka korban mungkin akan meningkat.
Dalam pada itu Hospital Kecemasan Kabul memaklumkan 27 mangsa cedera dikejarkan ke fasiliti berkenaan termasuk seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun.

#Afghanistan #Kabul: 27 people received at our hospital so far following an explosion in the PD17 area. 5 children among them, including a 7-year-old.

— EMERGENCY NGO (@emergency_ngo) August 17, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Saksi kejadian memberitahu agensi berita Reuters, letupan berkenaan boleh didengari sehingga utara Kabul serta menyebabkan tingkap di beberapa bangunan berdekatan pecah.
"Satu letupan berlaku dari dalam masjid berkenaan dan angka korban serta cedera belum dapat dipastikan lagi," kata jurucakap polis Kabul, Khalid Zadran kepada Reuters.
Masjid berkenaan dilaporkan terlekat di Khair Khana, Kabul.
Imam masjid berkenaan antara yang terkorban dalam insiden tersebut.
Pasukan kecemasan masih di tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa dan siasatan kini sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti dalang insiden itu.
#letupan #masjid #Taliban #maut