DUNIA
Letupan di Nord Stream, Rusia minta adakan mesyuarat tergempar UNSC
Warga Ukraine ditahan kerana disyaki menjadi sebahagian daripada kumpulan yang menanam bahan letupan pada talian paip Nord Stream. - Gambar fail/AP
MOSCOW: Rusia meminta satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) berhubung letupan talian paip gas di Nord Stream pada 2022, susulan penahanan seorang suspek warga Ukraine di Itali baru-baru ini, menurut seorang diplomat kanan Rusia pada Jumaat di media sosial, lapor Xinhua.
Timbalan wakil tetap pertama Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Dmitry Polyanskiy berkata mesyuarat itu akan diadakan pada 26 Ogos pukul 4 petang EST (2000 GMT) dengan Panama bertindak sebagai pengerusi.
Beliau berkata Moscow akan menarik perhatian kepada siasatan Jerman berhubung letupan itu yang disifatkan "berlarutan dan tidak telus".
Pihak pendakwa raya Jerman berkata warga Ukraine yang dikenal pasti sebagai Serhii K. telah ditahan di Itali pada Khamis atas permintaan Jerman. Beliau disyaki menjadi sebahagian daripada kumpulan yang menanam bahan letupan pada talian paip Nord Stream dan didakwa bertindak sebagai seorang daripada penyelaras operasi itu.
Serhii K. dilaporkan menafikan sebarang penglibatan, dengan menyatakan beliau berada di Ukraine ketika kejadian dan menolak ekstradisi secara sukarela ke Jerman, di mana beliau boleh berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika sabit kesalahan.
Pada 26 Sept 2022, letupan besar telah menyebabkan kerosakan teruk pada talian paip Nord Stream, termasuk tiga daripada empat saluran Nord Stream dan Nord Stream 2, yang pada ketika itu masih belum beroperasi.
Pegawai Rusia berulang kali mendakwa bahawa perbuatan sabotaj itu dilakukan dengan sokongan Amerika Syarikat. Pejabat Peguam Negara Rusia telah membuka kes jenayah dengan mengklasifikasikan insiden itu sebagai tindakan keganasan antarabangsa.
-- BERNAMA