Letupan kedengaran di luar Masjid Nabawi, Madinah - Laporan

Agensi
Julai 4, 2016 17:50 MYT
Saluran Al-Arabiya turut memaparkan beberapa imej yang antara lain menunjukkan kebakaran
Satu letupan dipercayai angkara pengebom bunuh diri dilaporkan berlaku di luar perkarangan Masid Nabawi di Madinah Arab Saudi pada Isnin (waktu tempatan), lapor media tempatan negara itu.
Saluran Al-Arabiya turut memaparkan beberapa imej yang antara lain menunjukkan kebakaran di kawasan tempat letak kereta dan tubuh seseorang berhampiran tempat letupan.

Watch video: Blast strikes near prophet mosque in #Saudi https://t.co/UFSBBG5G2f

— Al Arabiya English (@AlArabiya_Eng) July 4, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum itu pada awal Isnin, dua pengebom bunuh diri meletupkan diri mereka di sebuah masjid di Qatif, kawasan persisiran pantai yang dikuasai pengikut Syiah.
Satu lagi kejadian letupan bom bunuh diri turut berlaku Isnin berhampiran konsulat Amerika Syarikat di Jeddah, mencedera dua anggota keselamatan.
#Arab Saudi #letupan #Madinah #Masjid Nabawi