Skip to main content

Dunia

Letupan kedengaran di Tehran dalam serangan baharu

Smoke rises following an explosion, after Israel and the U.S. launched strikes on Iran, amid the U.S.-Israel conflict with Iran, in Tehran, Iran, March 2, 2026. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY
Serangan udara baharu melanda ibu negara Iran, Tehran pada Isnin, dengan letupan berterusan kedengaran di seluruh bandar. - Foto REUTERS

TEHRAN: Serangan udara baharu melanda ibu negara Iran, Tehran pada Isnin, dengan letupan berterusan kedengaran di seluruh bandar.

Wartawan Anadolu melaporkan letupan tertumpu di timur dan selatan Tehran.

Advertisement

Kepulan asap menjulang naik susulan letupan itu dan pada masa yang sama pesawat pejuang melintas di atas, tambahnya.

Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Iran pada Sabtu, membunuh beberapa pemimpin tertinggi Iran, termasuk Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei.

Tehran membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta negara serantau yang menempatkan aset AS.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found