awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan kereta di Kabul ragut 80 nyawa, ratusan lagi cedera

Agensi
Agensi
31/05/2017
06:12 MYT
Letupan kereta di Kabul ragut 80 nyawa, ratusan lagi cedera
Menurut jurucakap polis Kabul, Basir Mujahid beberapa orang dilaporkan terbunuh berhampiran pintu masuk ke Kedutaan Jerman. - REUTERS/Mohammad Ismail
Satu letupan bom kereta menggegarkan Kabul, Afghanistan hari ini, meragut tidak kurang dari 80 nyawa dan mencederakan ratusan yang lain.
Menurut pegawai kerajaan, letupan berlaku di kawasan kedutaan asing dengan asap tebal dapat dilihat dari jauh.
Jurucakap polis Kabul, Basir Mujahid berkata beberapa orang dilaporkan terbunuh berhampiran pintu masuk ke Kedutaan Jerman.
“Berlaku bom kereta berhampiran Kedutaan Jerman, tetapi terdapat banyak kawasan dan bangunan penting di sekitarnya. Sukar diketahui apakah sasarannya," kata Mujahid.
Kekuatan letupan turut memecahkan tingkap dan pintu kediaman yang terletak beratus meter dari kawasan kejadian.
Kementerian Kesihatan negara itu dalam satu kenyataan terbaharu mengesahkan sekurang-kurangnya 80 terbunuh dan 350 yang lain cedera.
Sehingga kini masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#bom
#cedera
#Jerman
#kedutaan
#kerajaan
#kereta
#letupan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan