[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
DUNIA

Letupan kereta di Pennsylvania, tiga maut

Astro Awani 01/10/2018 | 03:13 MYT
Pihak berkuasa menyiasat kejadian letupan kereta di North Hall Street, Allentown, Pennsylvania, 30 Sept, 2018. (Harry Fisher/The Morning Call via AP)
Proses bedah siasat ke atas mangsa letupan kereta di Pennsylvania bakal dijalankan hari ini.
Pihak berkuasa turut menyifatkan kejadian yang berlaku pada Sabtu malam itu sebagai satu insiden jenayah dan kini disiasat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) serta polis tempatan.
Dalam insiden tersebut, tiga lelaki ditemui maut dalam sebuah kereta, termasuk suspek, susulan satu kejadian letupan yang dipercayai tiada kaitan dengan pengganas.
Identiti mangsa masih belum dikeluarkan pihak berkuasa.
Letupan berlaku berdekatan arena sukan PPL Center dan lokasi tempat makan popular Hamilton Street di Allentown, kira-kira 95 kilometer dari Philadelphia.
#kereta terbakar #letupan #mangsa #maut #Pennsylvania #Philadelphia