awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan kereta: Putin ucap takziah kepada wartawan Rusia terbunuh

Bernama
Bernama
23/08/2022
07:07 MYT
Letupan kereta: Putin ucap takziah kepada wartawan Rusia terbunuh
Putin menyelar tindakan jenayah itu yang disifatkan "keji dan kejam". - Facebook/Republican Security Council
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin mengucapkan takziah kepada ibu bapa Darya Dugina, wartawan yang terbunuh selepas keretanya meletup di pinggir Moscow pada Sabtu.
"Takziah diucapkan atas kehilangan yang amat memilukan ini yang telah menimpa anda," kata Putin menerusi Telegram, lapor Agensi Anadolu (AA).
Presiden Rusia turut menyelar tindakan jenayah itu yang disifatkan "keji dan kejam" sambil menggambarkan Darya Dugina sebagai "seorang yang cerdas dan berbakat serta memiliki semangat jati Rusia."
"Seorang wartawan, saintis, ahli falsafah, koresponden perang, beliau jujur berkhidmat kepada tanah air, bukti seorang patriot Rusia.
"Kenangan tentang Darya Dugina akan terus tersemat dalam ingatan sanak saudara, sahabat handai, rakan sekerja dan mereka yang mempunyai pemikiran yang sama dengannya," kata Putin, sambil berharap ibu bapanya diberi kekuatan serta ketabahan.
Putin kemudian menandatangani dekri untuk menganugerahi Dugina dengan Anugerah Order of Courage sebagai menghargai keberanian dan dedikasinya sepanjang bertugas.
Dugina, 29, anak perempuan ahli sosiologi dan ahli falsafah Rusia, Aleksandr Dugin, yang mengetuai Pergerakan Eurasia Antarabangsa, sebuah gerakan politik yang menentang liberalisme dan kapitalisme.
Dugin tersenarai antara "100 Pemikir Global Dunia Moden" oleh majalah Foreign Policy pada 2014.
Beliau disenarai hitam oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah kerana menyokong dasar Putin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wartawan terbunuh
#Darya Dugina
#Rusia
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan