DUNIA
Letupan kilang kimia ragut 8 nyawa pekerja di selatan India
Satu letupan mengorbankan sekurang-kurangnya lapan pekerja di sebuah kilang kimia di negeri Telangana, selatan India pada Isnin. - Gambar fail/hiasan
NEW DELHI: Satu letupan mengorbankan sekurang-kurangnya lapan pekerja di sebuah kilang kimia di negeri Telangana, selatan India pada Isnin.
Menurut laporan media tempatan, ramai lagi cedera parah dalam letupan yang berlaku di reaktor fasiliti Sigachi Chemical Industry di Pashamylaram, daerah Sangareddy, kira-kira 45 kilometer dari Hyderabad.
Jumlah korban yang dilaporkan adalah sekurang-kurangnya lapan orang, manakala lebih 20 orang dilaporkan cedera.
"Letupan itu memusnahkan sepenuhnya bangsal industri," kata seorang pegawai polis seperti dipetik.
Sebanyak 11 jentera bomba dikejarkan ke lokasi untuk memadam kebakaran yang memusnahkan premis tersebut.
-- BERNAMA