DUNIA

Letupan New Delhi: 2 kelongsong peluru, bahan letupan antara 40 sampel dikumpul

Bernama 12/11/2025 | 07:32 MYT
Pada Isnin, sebanyak 360 kilogram ammonium nitrat telah ditemukan di Faridabad semasa siasatan dijalankan di kawasan itu. - Foto Reuters
NEW DELHI: Dua kelongsong peluru termasuk sebutir peluru hidup serta sampel dua jenis bahan letupan yang berbeza antara lebih 40 sampel yang dikumpulkan oleh pasukan Makmal Sains Forensik (FSL) dari lokasi letupan berhampiran Kubu Merah, menurut pegawai pada Rabu.


Ringkasan AI
  • FSL menemui dua kelongsong peluru dan sampel bahan letupan dari lokasi letupan berhampiran Kubu Merah.
  • Salah satu sampel bahan letupan dipercayai mengandungi ammonium nitrat menurut analisis awal.
  • Penemuan 360 kilogram ammonium nitrat di Faridabad pada Isnin menimbulkan kebimbangan keselamatan di kalangan masyarakat.


Press Trust of India (PTI) melaporkan, analisis awal menunjukkan satu daripada sampel bahan letupan berkenaan dipercayai mengandungi ammonium nitrat.

Pada Isnin, sebanyak 360 kilogram ammonium nitrat telah ditemukan di Faridabad semasa siasatan dijalankan di kawasan itu.

-- BERNAMA






#letupan bom #New Delhi #India #kelongsong peluru