[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Letupan San Antonio: Mayat keempat ditemui

Astro Awani 13/12/2022 | 02:40 MYT
Keadaan di kawasan berlakunya letupan Jumaat lalu. - Foto AP
SAN ANTONIO: Pihak berkuasa menemui mayat keempat yang maut dalam kejadian letupan di kawasan pembinaan di San Antonio pada Ahad.
Pasukan penyiasat kini sedang meneliti punca letupan yang berlaku Jumaat lalu.
Dilaporkan insiden tersebut berlaku di K-Bar Services yang turut mengejutkan orang ramai.
Sejurus selepas letupan, pihak berkuasa bergegas ke tempat kejadian dan menemui satu mayat manakala dua lagi ditemui Sabtu lalu.
Jurucakap Jabatan Bomba San Antonio memaklumkan, Biro Pembakaran jabatan itu mengetuai penyiasatan dan bekerjasama dengan polis bandar dan pegawai persekutuan untuk menentukan punca letupan itu.
#mayat #letupan #kawasan pembinaan #K-Bar Services