DUNIA

Letupan sekolah Jakarta: Remaja bawa tujuh bahan letupan, empat meletup

Bernama 10/11/2025 | 09:20 MYT
Unit khas antikeganasan Indonesia, Densus 88 mendedahkan bahawa suspek dalam insiden letupan di SMAN 72 Jakarta Utara pada Jumaat lalu didapati membawa tujuh bahan letupan.
JAKARTA: Unit khas antikeganasan Indonesia, Densus 88 mendedahkan bahawa suspek dalam insiden letupan di Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) 72 Jakarta Utara pada Jumaat lalu didapati membawa tujuh bahan letupan.


Ringkasan AI
  • Suspek dalam insiden letupan di SMAN 72 Jakarta Utara membawa tujuh bahan letupan, dengan dua bom meletup di surau sekolah dan dua lagi di lokasi lain, manakala tiga bahan lain gagal meletup.
  • Insiden berlaku semasa solat Jumaat di sekolah tersebut, menyebabkan hampir 100 orang cedera, termasuk mangsa yang mengalami lecur dan kecederaan akibat serpihan, serta menimbulkan kepanikan di kalangan pelajar dan penduduk berhampiran.
  • Ketua Polis Negara Indonesia mengesahkan suspek berusia 17 tahun, juga merupakan pelajar di sekolah berkenaan, telah menjalani pembedahan di kepala dan kini dirawat di unit rawatan rapi di bawah pengawasan polis.


Jurucakap Densus 88, Pesuruhjaya Kanan Adjung, Mayndra Eka Wardhana memberitahu portal berita tempatan Kompas bahawa dua bom meletup di lokasi pertama iaitu di surau sekolah berkenaan.

"Dua lagi meletup di taman bacaan dan pusat kitar semula sekolah, manakala tiga tidak meletup," katanya.

Unit itu juga telah mengenal pasti jenis bahan letupan yang digunakan, namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan berada di bawah bidang kuasa Polis Jakarta atau unit pemusnah bom.

Insiden berlaku sekitar 12.15 tengah hari waktu tempatan ketika solat Jumaat di sekolah yang terletak di kawasan Kelapa Gading.

Saksi berkata letupan pertama kedengaran ketika khutbah sedang berlangsung, disusuli satu lagi letupan dari arah berbeza.

Kejadian itu menyebabkan hampir 100 orang cedera termasuk mangsa yang mengalami lecur dan kecederaan akibat serpihan, serta menimbulkan panik dalam kalangan pelajar dan penduduk berhampiran.

Menurut Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, suspek berusia 17 tahun yang juga pelajar sekolah berkenaan telah menjalani pembedahan di kepala dan kini berada di unit rawatan rapi di bawah pengawasan polis.

-- BERNAMA







Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah jumlah bahan letupan yang dibawa oleh suspek dalam insiden letupan di SMAN 72 Jakarta Utara?
    A: Suspek didapati membawa tujuh bahan letupan.
  • Q: Di mana letupan pertama berlaku dalam insiden di SMAN 72 Jakarta Utara?
    A: Letupan pertama berlaku di surau sekolah berkenaan.
  • Q: Bagaimanakah keadaan suspek yang terlibat dalam insiden letupan di SMAN 72 Jakarta Utara setelah kejadian?
    A: Suspek berusia 17 tahun telah menjalani pembedahan di kepala dan kini berada di unit rawatan rapi di bawah pengawasan polis.
  • Q: Berapakah jumlah cedera yang dilaporkan dalam insiden letupan di SMAN 72 Jakarta Utara?
    A: Insiden tersebut menyebabkan hampir 100 orang cedera termasuk mangsa yang mengalami lecur dan kecederaan akibat serpihan.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Densus 88 setelah insiden letupan di SMAN 72 Jakarta Utara?
    A: Densus 88 telah mengenal pasti jenis bahan letupan yang digunakan, namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan berada di bawah bidang kuasa Polis Jakarta atau unit pemusnah bom.



#letupan sekolah Jakarta #SMAN 72 #Solat Jumaat #tujuh bahan letupan