awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan tangki minyak di Nigera: Angka kematian meningkat kepada 70

Bernama
Bernama
19/01/2025
01:30 MYT
Letupan tangki minyak di Nigera: Angka kematian meningkat kepada 70
Susulan angka kematian akibat letupan tangki minyak yang dahsyat di Nigeria meningkat kepada 70, Gabenor Mohammed Umar Bago mengumumkan larangan ke atas kenderaan berat daripada menggunakan Jambatan Dikko, lokasi tragedi itu.
LAGOS (Nigeria): Susulan angka kematian akibat letupan tangki minyak yang dahsyat di Nigeria meningkat kepada 70, Gabenor Mohammed Umar Bago mengumumkan larangan ke atas kenderaan berat daripada menggunakan Jambatan Dikko, lokasi tragedi itu.
Gabenor mengumumkan langkah itu pada Sabtu ketika melawat lokasi kejadian, dengan alasan kebimbangan keselamatan berikutan angka kematian yang terus meningkat, lapor Agensi Anadolu.
Beliau juga mengarahkan doktor di hospital-hospital kerajaan untuk ditugaskan semula bagi membantu merawat mangsa di Hospital Besar Suleja.
Komander Kor Keselamatan Jalan Raya Persekutuan (FRSC) Negeri Niger, Kumar Tsukwam berkata, banyak nyawa terkorban berpunca daripada orang ramai cuba mengumpul minyak dari tangki yang tumpah di Kawasan Kerajaan Tempatan Suleja.
"Setakat ini, angka kematian mencecah 70," katanya kepada pemberita sambil menambah bahawa operasi menyelamat masih diteruskan dengan bantuan agensi-agensi lain. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nigeria
#letupan tangki minyak
#Jambatan Dikko
#Hospital Besar Suleja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan