awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letusan gunung berapi cetus langkah kecemasan di Iceland

Bernama
Bernama
19/12/2023
04:37 MYT
Letusan gunung berapi cetus langkah kecemasan di Iceland
Letusan berlaku berhampiran Sundhnukagigar, kira-kira 4km timur laut bandar Grindavik dan ia boleh dilihat pada kamera web berhampiran. -AP
HELSINKI: Sebuah gunung berapi meletus pada Isnin di Semenanjung Reykjanes, barat daya Iceland, kata Pejabat Meteorologi Iceland.
Pejabat itu berkata, letusan berlaku berhampiran Sundhnukagigar, kira-kira empat kilometer (km) timur laut bandar Grindavik dan ia boleh dilihat pada kamera web berhampiran.
Letusan itu bermula pada 10.17 malam waktu tempatan (2217 GMT) susulan gempa bumi kira-kira 9 malam (2100 GMT) pada Isnin, lapor Xinhua.
Pesuruhjaya Polis Kebangsaan Iceland menaikkan Tahap Perkhidmatan Perlindungan Awam daripada Amaran kepada Kecemasan sebagai tindak balas kepada letusan itu.
Pusat Penyelarasan Pertahanan Awam juga diaktifkan.
Pihak berkuasa meminta orang ramai tidak pergi ke lokasi letusan dan anggota kecemasan sedang memantau keadaan.
Semua jalan ke bandar Grindavik ditutup manakala lalu lintas adalah dilarang termasuk Highway 41, jalan utama di sepanjang bahagian utara Semenanjung Reykjanes yang menghubungkan kawasan Reykjavik dan Lapangan Terbang Antarabangsa Keflavik.
Sejak 24 Okt, ahli meteorologi Iceland telah memantau peningkatan aktiviti seismik di Semenanjung Reykjanes, yang mungkin menandakan letusan gunung berapi yang akan berlaku.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa memindahkan hampir 4,000 penduduk dari bandar Grindavik di Semenanjung Reykjanes pada 10 Nov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gunung berapi
#Reykjanes
#Iceland
#Grindavik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan