DUNIA
Letusan gunung berapi di Indonesia jejaskan penerbangan ke Bali
Letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores tidak mencetuskan sebarang pemindahan atau menyebabkan kecederaan. - Gambar/ Bernama
JAKARTA: Sebuah gunung berapi meletus di timur Indonesia pada awal pagi Sabtu, menyebabkan penangguhan dan pembatalan 24 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB).
Ringkasan AI
Menurut BNPB, walaupun diletakkan pada tahap amaran tertinggi (Tahap 4), letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores tidak mencetuskan sebarang pemindahan atau menyebabkan kecederaan.
"Letusan itu direkodkan pada 1.05 pagi waktu tempatan, dengan awan abu mencapai ketinggian 18,000 meter dari atas puncak," kata Jurucakap BNPB Abdul Muhari.
Beliau dalam kenyataan itu menyifatkan kepulan abu itu berwarna kelabu hingga hitam dengan intensiti tinggi, bergerak ke arah barat daya, barat dan barat laut.
Alat seismik merekodkan gegaran kuat 47.3 milimeter semasa letusan yang berlangsung selama kira-kira 14 minit, tambah Abdul Muhari.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores meletus pada awal pagi Sabtu, dengan awan abu mencapai ketinggian 18,000 meter. Letusan direkodkan pada jam 1.05 pagi waktu tempatan dan berlangsung selama kira-kira 14 minit.
- Letusan tersebut menyebabkan pembatalan dan penangguhan 24 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali. Awan abu bergerak ke arah barat daya, barat dan barat laut.
- Walaupun gunung berapi itu diletakkan pada tahap amaran tertinggi (Tahap 4), tiada pemindahan atau kecederaan dilaporkan setakat ini, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB).