awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letusan gunung berapi Iceland boleh berlanjutan selama puluhan tahun - Saintis

Bernama
Bernama
26/06/2024
15:30 MYT
Letusan gunung berapi Iceland boleh berlanjutan selama puluhan tahun - Saintis
Siri letusan bermula pada 2021 di Semenanjung Reykjanes di barat daya pulau itu, yang terletak hanya 55 kilometer barat daya ibu kota Reykjavik. - Gambar fail/REUTERS
COPENHAGEN: Siri letusan gunung berapi terbaharu di Iceland boleh berlarutan selama puluhan bahkan ratusan tahun, menurut kajian yang diterbitkan jurnal Terra Nova pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Siri letusan bermula pada 2021 di Semenanjung Reykjanes di barat daya pulau itu, yang terletak hanya 55 kilometer barat daya ibu kota Reykjavik.
Ia juga menempatkan satu-satunya lapangan terbang antarabangsa dan beberapa loji kuasa geoterma yang membekalkan air panas dan elektrik.
Terdapat lima letusan gunung berapi besar sejak Disember tahun lalu sahaja.
Para penyelidik menganalisis data gempa bumi dari tiga tahun terakhir dan membandingkan sifat kimia dan fizikal lava dari pelbagai lokasi untuk menentukan sama ada ia berasal dari ruang magma bawah tanah yang sama.
Berdasarkan data seismik, penyelidik percaya bahawa ia adalah pengumpulan magma bersaiz sederhana pada kedalaman sekitar sembilan hingga 11 kilometer, yang menjangkau lebar 10 kilometer. Ia terbentuk antara 2002 dan 2020.
Pasukan penyelidik menyimpulkan bahawa siri letusan semasa mungkin merupakan permulaan kepada fasa panjang, walaupun mereka tidak dapat meramalkan tempoh letusan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letusan gunung berapi
#Iceland
#Reykjanes
#Kajian
#jurnal Terra Nova
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan