awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letusan Gunung Berapi Mayon mungkin berpanjangan - Vulkanologi

Bernama
Bernama
12/06/2023
16:08 MYT
Letusan Gunung Berapi Mayon mungkin berpanjangan - Vulkanologi
Pada Isnin, Gabenor Albay Edcel Greco Lagman memanjangkan zon bahaya daripada enam kilometer (km) kepada tujuh km. - Gambar AP
MANILA: Beribu-ribu penduduk di kaki Gunung Berapi Mayon sedang bersiap sedia menghadapi letusan yang boleh berlarutan selama "beberapa bulan," kata Pengarah Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina Teresito Bacolcol.
Beliau berkata gunung berapi yang paling aktif di Filipina itu mengalami "letusan kuat" sejurus sebelum 8 malam waktu tempatan pada Ahad, lapor Xinhua.
"Lava kini mencurah keluar dari bolong. Ia bergerak perlahan, seperti sungai-sungai lava cair," kata Bacolcol.
Gunung setinggi 2,460 meter berbentuk kon itu mula meletus Khamis lepas, dengan tahap amaran dinaikkan kepada tiga pada skala lima.
Mulai Ahad, institut itu telah merekodkan 21 gempa bumi gunung berapi, 260 jatuhan batuan dan tiga aliran piroklastik yang merupakan campuran serpihan batu, gas dan abu yang bergerak pantas.
Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan berkata lebih 14,000 penduduk kampung dalam zon bahaya telah dipindahkan dan berlindung di bangunan sekolah dan tempat perlindungan sementara yang ain.
Pada Isnin, Gabenor Albay Edcel Greco Lagman memanjangkan zon bahaya daripada enam kilometer (km) kepada tujuh km.
Mayon ialah gunung berapi paling aktif di Filipina. Ia kali terakhir meletus pada Januari 2018, mengakibatkan lebih 23,000 orang dipindahkan dari sembilan bandar dan majlis perbandaran.
Selain gunung berapi Mayon, institut itu juga memantau teliti situasi gunung berapi Taal di wilayah Batangas, 66 km selatan Manila dan gunung berapi Kanlaon di tengah Filipina.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#gunung berapi
#letusan kuat
#berbentuk kon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan