awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan

Bernama
Bernama
19/04/2024
08:47 MYT
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Gunung Ruang di Sulawesi Utara mula meletus pada Selasa. - Gambar/ AP
JAKARTA: Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan, menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia.
Letusan itu yang bermula pada Selasa, menyebabkan penutupan sementara operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi di Manado pada Khamis, kira-kira 95 kilometer dari Gunung Ruang.
Jurucakap BNPB Abdul Muhari berkata penutupan lapangan terbang itu dilanjutkan sehingga hari ini, dari 6 pagi hingga 7 malam waktu tempatan, berikutan abu gunung berapi boleh dilihat sehingga ke daerah Minahasa Utara.
Setakat 11 malam Khamis, Pelabuhan Tagulandang beroperasi bagi usaha pemindahan penduduk dan pengagihan bantuan kepada mangsa yang terjejas di pusat pemindahan sementara yang terletak 15 kilometer dari Gunung Ruang.
Pihak berkuasa tempatan telah memindahkan 272 keluarga atau 838 individu dari Kampung Laingpatehi dan Kampung Pumpente di Pulau Tagulandang, katanya dalam satu kenyataan.
Abdul Muhari menegaskan usaha pemindahan diteruskan untuk komuniti di pulau itu dan mereka yang berada dalam radius enam kilometer dari pusat kawah aktif gunung berapi berkenaan.
Pemindahan segera digalakkan untuk bersedia menghadapi batu gunung, aliran piroklastik dan tsunami yang berpunca daripada runtuhan bahan gunung ke laut.
"Gunung Ruang masih kelihatan hari ini, walaupun separuh terhalang oleh kabus. Kawah utama mengeluarkan asap putih dengan intensiti sederhana hingga tebal sehingga 100 meter dari puncak gunung," kata Abdul Muhari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gunung Ruang
#gunung berapi
#ruang udara
#penerbangan batal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan