awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letusan Gunung Ruang jejaskan ribuan rumah di Sulawesi Utara

Bernama
Bernama
24/04/2024
11:02 MYT
Letusan Gunung Ruang jejaskan ribuan rumah di Sulawesi Utara
Pihak berkuasa tempatan menggesa penduduk dan pelancong berhampiran kawasan itu agar berhati-hati dan mengelak berada dalam radius empat kilometer dari pusat kawah aktif. - Gambar fail
JAKARTA: Sebanyak 3,614 rumah rosak akibat letusan Gunung Ruang di Kepulauan Sitaro di wilayah Sulawesi Utara minggu lepas, menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia.
Jurucakapnya Abdul Muhari berkata bilangan penduduk yang dipindahkan dari dua kampung di pulau itu telah berkurangan kepada 3,582 orang daripada jumlah sebelum ini 6,045 mangsa pada Isnin.
"Sebanyak 834 penduduk tidak boleh kembali kerana rumah mereka di sekitar Gunung Ruang rosak teruk dan penduduk di Tagulandang kekal dalam zon pemindahan," katanya dalam kenyataan.
Pihak berkuasa tempatan menggesa penduduk dan pelancong berhampiran kawasan itu agar berhati-hati dan mengelak berada dalam radius empat kilometer dari pusat kawah aktif.
Pada Isnin, status gunung berapi itu diturunkan ke Tahap III daripada Tahap IV oleh Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bahaya Geologi (PVMBG) negara itu.
Timbalan Pemulihan dan Pembinaan Semula BNPB Jarwansyah yang berada di tapak terjejas sejak 18 April, mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi di Manado, kira-kira 95 kilometer dari Gunung Ruang, yang terganggu sejak Khamis lepas, disambung semula pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gunung Ruang
#gunung berapi
#Badan Nasional Penanggulangan Bencana
#lapangan terbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan