awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Arab kecam pembakaran Hospital Kamal Adwan di Gaza

Bernama
Bernama
29/12/2024
14:34 MYT
Liga Arab kecam pembakaran Hospital Kamal Adwan di Gaza
Jenayah perang yang dilakukan oleh Israel di Gaza tidak akan dilupakan dan menyifatkan sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa terhadap jenayah ini sebagai satu titik hitam pada hati nurani kemanusiaan. - Reuters
KAHERAH: Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul Gheit mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera pendudukan Israel membakar Hospital Kamal Adwan di utara Semenanjung Gaza selepas menyerbu premis itu yang mengakibatkan kematian kakitangan perubatan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Aboul Gheit dalam satu kenyataan menegaskan bahawa jenayah perang yang dilakukan oleh Israel di Gaza tidak akan dilupakan dan menyifatkan sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa terhadap jenayah ini sebagai satu titik hitam pada hati nurani kemanusiaan.
Menurut beliau, tindakan menyasarkan hospital dan kakitangan perubatannya serta mengepungnya selama beberapa minggu adalah bukti pengabaian yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap undang-undang antarabangsa dan tatatertib semasa perang.
Aboul Gheit juga menyatakan bahawa serangan ke atas Gaza selama 450 hari telah mencapai tahap yang mengerikan, dengan kanak-kanak mati akibat kesejukan dan kakitangan perubatan terbakar.
Beliau menambah bahawa sikap berdiam diri dunia terhadap jenayah ini akan membawa kepada keruntuhan orde dunia yang berdasarkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, terutamanya selepas kegagalan ketara untuk melindungi orang awam daripada dibunuh atau diseksa.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#Hospital Kamal Adwan
#hospital dibakar
#Israel
#Liga Arab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan