awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Arab terima semula keanggotaan Syria selepas 12 tahun

Bernama
Bernama
08/05/2023
04:11 MYT
Liga Arab terima semula keanggotaan Syria selepas 12 tahun
Keputusan itu buat pada mesyuarat menteri-menteri luar negara Arab di ibu negara Mesir. -AP
ISTANBUL: Liga Arab pada Ahad memutuskan untuk menerima semula keanggotaan Syria selepas keanggotaanya digantung selama 12 tahun, lapor Agensi Anadolu (AA).
Berucap pada sidang akhbar di Kaherah, Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry berkata menteri-menteri luar Liga Arab bersetuju untuk menerima semula penyertaan delegasi kerajaan Syria dalam mesyuarat Liga.
Keputusan itu buat pada mesyuarat menteri-menteri luar negara Arab di ibu negara Mesir.
Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul Gheit mengesahkan bahawa Syria telah diterima semula ke badan negara-negara Arab itu.
Bercakap pada sidang media yang sama, Aboul Gheit berkata jawatankuasa telah dibentuk oleh Mesir, Arab Saudi, Jordan dan Iraq dalam usaha ke arah merealisasikan penyelesaian krisis Syria.
"Jalinan hubungan normal antara Syria dan negara-negara Arab merupakan keputusan berdaulat bagi setiap negara," katanya.
Laporan awal menyebut menteri-menteri luar negeri Arab memberi kelulusan bersyarat untuk Syria kembali ke Liga Arab.
Menurut majalah Saudi Al Majalla, rejim Syria perlu mengambil langkah praktikal ke arah menyelesaikan krisis Syria.
Keputusan untuk menerima semula keanggotaan Syria dibuat menjelang sidang kemuncak tahunan Arab di Arab Saudi pada 19 Mei.
Syria digantung daripada badan 22 negara itu pada 2011 ekoran tindakan keras rejim terhadap protes pro-Demokrasi, yang membawa kepada perang saudara.
Rejim Syria bagaimanapun mula bertukar-tukar lawatan rasmi dan hubungan dengan beberapa negara Arab sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Arab
#keanggotaan Syria
#digantung selama 12 tahun
#Sameh Shoukry
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan