awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan suspek kes rasuah kuota haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima anggota cedera ditembak di pangkalan tentera AS, suspek dalam tahanan

Bernama
Bernama
07/08/2025
08:00 MYT
Lima anggota cedera ditembak di pangkalan tentera AS, suspek dalam tahanan
Lima anggota tentera AS cedera selepas ditembak seorang sarjan tentera di Pangkalan Tentera Fort Stewart, Georgia, dalam satu insiden tembakan yang mengejutkan pada pagi Rabu. -Foto Reuters
GEORGIA: Lima anggota tentera Amerika Syarikat cedera selepas ditembak oleh seorang sarjan tentera di Pangkalan Tentera Fort Stewart, Georgia, dalam satu insiden tembakan yang mengejutkan pada pagi Rabu.

Ringkasan AI
  • Lima anggota tentera AS cedera ditembak oleh Sarjan Quornelius Radford di Pangkalan Fort Stewart, Georgia.
  • Radford menggunakan pistol peribadi dan ditahan di lokasi; motif serangan masih belum diketahui.
  • Pangkalan dikenakan perintah berkurung sementara, dan Presiden Trump menyifatkan insiden itu sebagai tragedi menyayat hati.

Suspek dikenali sebagai Sarjan Quornelius Radford, 28, yang bertugas dalam unit logistik automatik di Briged Perisai Kedua, Divisyen Infantri Ketiga.
Menurut Brigadier Jeneral John Lubas, Radford menggunakan pistol milik peribadi untuk melepaskan tembakan ke arah lima rakan setugasnya di tempat kerja sekitar jam 11 pagi waktu tempatan.
Kesemua mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan telah menerima rawatan di Hospital Komuniti Tentera Winn, dengan tiga daripada mereka menjalani pembedahan lanjut di Pusat Perubatan Memorial Health University di Savannah.
Radford ditahan oleh anggota tentera lain yang berada di lokasi kejadian dan kini dalam tahanan pihak berkuasa tentera untuk siasatan lanjut.
Motif serangan masih belum diketahui, dan pihak tentera menyatakan bahawa insiden tersebut tidak berkaitan dengan latihan ketenteraan atau operasi rasmi.
Pangkalan Fort Stewart, yang merupakan antara pangkalan tentera terbesar di timur Amerika Syarikat, telah dikenakan perintah berkurung sementara susulan insiden tersebut, namun pihak berkuasa mengesahkan tiada ancaman aktif kepada komuniti sekitar.
Presiden Donald Trump telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan menyifatkan insiden tersebut sebagai “tragedi yang menyayat hati,” sambil menyampaikan doa kepada mangsa dan keluarga mereka.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#anggota tentera AS cedera ditembak
#Sarjan Quornelius Radford
#Pangkalan Fort Stewart
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan