awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima cedera dalam runtuhan salji di timur Turkiye

Bernama
Bernama
21/12/2024
15:22 MYT
Lima cedera dalam runtuhan salji di timur Turkiye
Pasukan mencari dan menyelamat bersama unit perubatan telah dikerahkan ke lokasi kejadian. - Gambar hiasan/Stock Image
ISTANBUL: Lima atlet cedera pada Sabtu selepas runtuhan salji melanda sebuah pusat peranginan ski di wilayah timur Erzurum di Turkiye, lapor Xinhua.
Menurut Kementerian Kesihatan, seorang daripada mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Insiden itu berlaku di Palandoken Ski Resort pada 10.22 pagi waktu tempatan (0722 GMT) ketika atlet Pasukan Judo Kebangsaan sedang mendaki di kawasan khusus untuk sukan ekstrem di luar laluan ski, menurut Gabenor Erzurum, Mustafa Ciftci.
Pasukan mencari dan menyelamat bersama unit perubatan telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Pasukan itu juga telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan di tengah-tengah risiko kemungkinan berlaku runtuhan salji seterusnya, lapor penyiar tempatan NTV.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Runtuhan salji
#timur turkiye
#mangsa cedera
#Palandoken Ski Resort
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan