INTERNATIONAL
Lima cedera dalam serangan pisau di Amsterdam, suspek ditahan
Polis berkawal di lokasi kejadian serangan berdekatan Dataran Dam di tengah Amsterdam, 27 Mac 2025. (Foto AP)
AMSTERDAM: Lima orang cedera dalam serangan pisau di pusat Amsterdam pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa), memetik pihak polis.
Seorang suspek telah ditahan.
Pihak berkuasa Belanda belum mendedahkan tahap kecederaan mangsa atau kemungkinan motif di sebalik serangan pisau itu.
Perkhidmatan kecemasan bertindak pantas, dengan sebuah helikopter penyelamat mendarat di Dataran Dam, dataran utama di hadapan istana diraja.
Kawasan itu ditutup. Polis melaporkan bahawa serangan itu berlaku di jalan berdekatan.
-- BERNAMA