DUNIA

Lima dirawat selepas buka pakej mencurigakan di pangkalan tentera AS

Astro Awani 07/11/2025 | 11:16 MYT
Lima individu jatuh sakit di Pangkalan Tentera Bersama Andrews selepas membuka pakej mencurigakan mengandungi serbuk putih. -Foto fail/AP
WASHINGTON: Sekurang-kurangnya lima individu dilaporkan jatuh sakit selepas satu pakej mencurigakan yang mengandungi serbuk putih dibuka di Pangkalan Tentera Bersama Andrews (Joint Base Andrews), Maryland, Amerika Syarikat, menurut laporan media dan kenyataan rasmi pihak berkuasa.


Ringkasan AI
  • Lima individu jatuh sakit di Pangkalan Tentera Bersama Andrews selepas membuka pakej mencurigakan mengandungi serbuk putih.
  • Mereka mengalami simptom kesihatan yang tidak didedahkan secara terperinci dan dirawat di Pusat Perubatan Malcolm Grove.
  • Bangunan dikosongkan, kawalan ketat dilaksanakan, dan pasukan tindak balas kecemasan serta unit HAZMAT dikerahkan ke lokasi untuk siasatan lanjut.


Insiden berlaku pada Khamis apabila seorang kakitangan membuka bungkusan tersebut di bangunan yang menempatkan Pusat Kesiapsiagaan Pengawal Udara Kebangsaan (Air National Guard Readiness Center), menyebabkan beberapa individu mengalami simptom kesihatan yang belum didedahkan secara terperinci.

Mereka telah dihantar ke Pusat Perubatan Malcolm Grove dalam kawasan pangkalan untuk rawatan lanjut.

Sebagai langkah berjaga-jaga, bangunan berkenaan serta bangunan bersebelahan telah dikosongkan dan kawasan sekitar dikawal rapi.

Pasukan tindak balas kecemasan dan unit bahan berbahaya (HAZMAT) telah dikerahkan ke lokasi.

Ujian awal tidak mengesan bahan berbahaya, namun siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti kandungan sebenar serbuk putih tersebut.

Menurut CNN, bungkusan itu turut mengandungi bahan propaganda politik, namun pihak berkuasa belum mengesahkan butiran lanjut mengenai kandungan tersebut.

Joint Base Andrews merupakan pangkalan penting bagi operasi Tentera Udara Amerika Syarikat dan menjadi lokasi utama untuk penerbangan rasmi Presiden, Naib Presiden dan pegawai kanan kerajaan.

Presiden Donald Trump dilaporkan berada di pangkalan tersebut sehari sebelum insiden berlaku.






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah individu yang dilaporkan jatuh sakit selepas membuka pakej mencurigakan di Pangkalan Tentera Bersama Andrews?
    A: Sekurang-kurangnya lima individu dilaporkan jatuh sakit selepas membuka pakej mencurigakan di Pangkalan Tentera Bersama Andrews.
  • Q: Di mana individu yang mengalami simptom kesihatan yang tidak didedahkan secara terperinci dihantar untuk rawatan lanjut?
    A: Mereka dihantar ke Pusat Perubatan Malcolm Grove dalam kawasan pangkalan untuk rawatan lanjut.
  • Q: Apakah langkah berjaga-jaga yang diambil selepas insiden di Pangkalan Tentera Bersama Andrews?
    A: Bangunan berkenaan serta bangunan bersebelahan telah dikosongkan dan kawasan sekitar dikawal rapi sebagai langkah berjaga-jaga.
  • Q: Apakah unit yang dikerahkan ke lokasi insiden di Pangkalan Tentera Bersama Andrews?
    A: Pasukan tindak balas kecemasan dan unit bahan berbahaya (HAZMAT) telah dikerahkan ke lokasi insiden.
  • Q: Apakah kandungan tambahan yang terdapat dalam pakej mencurigakan di Pangkalan Tentera Bersama Andrews selain daripada serbuk putih?
    A: Pakej mencurigakan itu turut mengandungi bahan propaganda politik, namun butiran lanjut mengenai kandungan tersebut belum disahkan oleh pihak berkuasa.



#Pangkalan Tentera Bersama Andrews #pakej mencurigakan #serbuk putih #Jatuh sakit