Skip to main content

Dunia

Lima ditahan disyaki terbabit rasuah dana kecemasan bencana di Indonesia

Kelima-lima suspek ditahan pada 14 Okt bagi tempoh awal 20 hari sehingga 2 Nov. - Gambar hiasan
Kelima-lima suspek ditahan pada 14 Okt bagi tempoh awal 20 hari sehingga 2 Nov. - Gambar hiasan

Advertisement

JAKARTA: Lima individu ditahan berhubung dakwaan rasuah membabitkan dana kecemasan bencana dan kontrak perolehan bernilai kira-kira Rp148 bilion (RM33.5 juta) di Indonesia.

Suruhanjaya Pembanteras Rasuah (KPK) memaklumkan suspek terdiri daripada dua pakar penasihat kepada Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), seorang pegawai yang bertanggungjawab terhadap bantuan kecemasan dan pengurusan dana serta dua individu daripada sektor swasta.

"Sepanjang tempoh 2024 hingga 2026, BNPB bekerjasama dengan beberapa pembekal bagi urusan perolehan melalui lantikan terus, dengan sebahagian daripadanya disyaki mempunyai kaitan dengan seorang individu," menurut KPK dalam satu kenyataan.

Menurut KPK, kelima-lima suspek ditahan pada 14 Okt bagi tempoh awal 20 hari sehingga 2 Nov, manakala agensi berita Antara secara berasingan melaporkan penyiasat turut menggeledah pejabat Ketua BNPB dan beberapa premis lain antara 14 hingga 15 Okt.

Suruhanjaya itu memaklumkan kontrak perolehan yang diberikan kepada pembekal yang didakwa mempunyai kaitan dengan individu tertentu bernilai kira-kira Rp148 bilion.

Sebahagian dana berkenaan disyaki disalurkan kepada syarikat berkaitan dan digunakan untuk kepentingan peribadi, termasuk pembelian saham.

KPK turut memaklumkan bahawa penyiasat merampas bahan bukti bernilai keseluruhan kira-kira Rp5.47 bilion, termasuk wang tunai sebanyak Rp3.35 bilion, mata wang asing, emas serta aset mata wang kripto bernilai Rp1.10 bilion.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement