DUNIA
  
            Lima lagi ditahan berikutan siasatan kes rompakan barang kemas Louvre
Lima lagi individu ditahan pada Rabu malam sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung kes rompakan barang kemas di Muzium Louvre. - Gambar fail Reuters
            
      PARIS: Lima lagi individu ditahan pada Rabu malam sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung kes rompakan barang kemas di Muzium Louvre, lapor Xinhua.
Perkara itu diumumkan pada Khamis oleh Pendakwa Raya Paris, Laure Beccuau, menerusi siaran radio RTL.
Menurut Beccuau, operasi itu menyasarkan suspek utama yang dipercayai terlibat secara langsung dalam rompakan berkenaan.
Bukti DNA telah mengaitkan lelaki terlibat itu dengan lokasi kejadian, katanya.
Namun setakat ini, hasil pencarian belum membawa kepada penemuan semula barang kemas yang dicuri.
"Seorang daripada lima lelaki yang ditahan merupakan sasaran utama siasatan kami. Kami memastikan dia dalam pengawasan kami," kata Beccuau sambil menambah bahawa terdapat "bukti DNA yang mengaitkannya dengan rompakan yang dilakukan."
Empat lagi individu ditahan sebagai rakan subahat. "Mereka mungkin tidak terlibat secara langsung dalam jenayah itu, tetapi boleh membantu mempercepat siasatan," jelasnya.
Beccuau turut menjelaskan bahawa penahanan terbaharu itu "tidak berkaitan dengan kenyataan dua suspek pertama yang ditahan sebelum ini," sebaliknya "berdasarkan bukti baharu yang diperoleh dalam kes berkenaan."
Penyiasat bimbang barangan kemas yang dicuri akan diseludup melalui saluran haram. Amaran telah dihantar kepada rumah lelong, pasaran berlian dan rangkaian profesional, manakala item berkenaan turut dilaporkan melalui saluran antarabangsa bagi menghalang sebarang cubaan menjualnya.
Lapan barangan kemas koleksi diraja Perancis telah dicuri dari Muzium Louvre pada 19 Okt oleh sekumpulan perompak. Lebih 100 penyiasat telah digerakkan untuk menjejaki suspek dan mendapatkan semula khazanah yang hilang itu, menurut laporan media tempatan.
Muzium berkenaan dibuka semula tiga hari selepas rompakan yang melibatkan barang kemas dianggarkan bernilai kira-kira 88 juta euro (US$102 juta).
-- BERNAMA