INTERNATIONAL

Lima lagi petugas UNRWA terbunuh di Gaza

Bernama 21/03/2025 | 04:00 MYT
Philippe Lazzarini menyeru pembaharuan gencatan senjata, pembebasan tawanan, dan aliran bantuan kemanusiaan tanpa halangan. -Gambar fail/AP
GAZA: Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini mengesahkan bahawa lima lagi petugasnya terbunuh di Gaza dalam tempoh beberapa hari lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kakitangan yang terkorban mencecah 284 orang.

Ringkasan AI
  • Lima lagi petugas UNRWA terbunuh di Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kakitangan yang terkorban mencecah 284 orang.
  • Sekatan ke atas Gaza semakin diperketatkan, menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan dan bekalan asas.
  • Philippe Lazzarini menyeru pembaharuan gencatan senjata, pembebasan tawanan, dan aliran bantuan kemanusiaan tanpa halangan.

"Mereka adalah guru, doktor dan jururawat--berkhidmat untuk golongan yang paling memerlukan," kata Lazzarini dalam satu hantaran di platform X, seperti yang dipetik oleh Agensi Berita Emiriah (WAM).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau turut menegaskan bahawa sekatan ke atas Gaza semakin diperketatkan.
"Hampir tiga minggu berlalu, pihak berkuasa Israel masih melarang kemasukan bantuan kemanusiaan atau bekalan asas.
"Setiap hari, kami menyaksikan penduduk Gaza melalui mimpi ngeri yang berulang--derita yang tiada penghujung dan penuh kezaliman.
"Tiada masa lagi, kita perlukan sekarang: pembaharuan gencatan senjata, pembebasan bermaruah semua tawanan di Gaza, aliran bantuan kemanusiaan dan bekalan komersial tanpa halangan," katanya.
-- BERNAMA
#UNRWA #Philippe Lazzarini #Gaza #gencatan senjata #Palestin