Lima maut dalam kejadian tembak menembak di Pennsylvania

Astro Awani
Januari 28, 2018 23:25 MYT
Polis masih sedang memastikan sama ada suspek yang bertanggungjawab adalah antara yang ditemui di tempat kejadian. (Foto AP)
Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan seorang cedera dalam kejadian tembak menembak di kedai cuci kereta di Pennsylvania awal pagi Ahad.
Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku kira-kira 2.45 pagi waktu tempatan di kedai cuci kereta di Melcroft yang terletak kira-kira 89 kilometer tenggara Pittsburgh.
Setakat ini, mangsa dikenal pasti terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita.
Polis masih sedang memastikan sama ada suspek yang bertanggungjawab adalah antara yang ditemui di tempat kejadian.
Motif kejadian masih dalam siasatan.
#maut #Pennsylvania #tembak menembak #tembakan #Terbunuh #US Shooting