DUNIA
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
Lima orang maut selepas sebuah helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania, ketika sedang menjalankan misi pemindahan perubatan, menurut polis tempatan. - Gambar fail/hiasan
NAIROBI (Kenya): Lima orang maut selepas sebuah helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania, ketika sedang menjalankan misi pemindahan perubatan, menurut polis tempatan, lapor Anadolu Ajansi.
Komander Polis Wilayah Kilimanjaro Simon Maigwa berkata kejadian berlaku pada Khamis kira-kira 11.30 pagi (Waktu Afrika Timur), ketika helikopter itu dalam penerbangan untuk mengambil pesakit yang sedang mendaki gunung itu melalui syarikat pelancongan Boby Camping.
Pesawat terhempas di zon altitud tinggi antara Kibo Hut dan Barafu Camp, antara laluan pendakian terakhir ke puncak tertinggi Afrika, yang berketinggian kira-kira 5,895 meter (19,341 kaki) dari paras laut.
Maigwa berkata mangsa terdiri daripada dua warga asing, seorang pemandu pelancong, juruterbang dan seorang doktor yang merupakan sebahagian daripada pasukan penyelamat. Menurut laporan, tiada mangsa yang terselamat.
Gunung Kilimanjaro, destinasi pelancongan utama, kerap bergantung kepada pemindahan menggunakan helikopter untuk menyelamatkan pendaki yang mengalami penyakit altitud atau kecederaan semasa pendakian.
Kawasan itu terkenal dengan udara yang nipis dan keadaan cuaca yang berubah-ubah dengan pantas, yang boleh menyukarkan operasi penyelamatan.
Pasukan kecemasan dihantar ke lokasi nahas dan siasatan mengenai punca kejadian dimulakan.
-- BERNAMA