awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima maut insiden tembakan di pejabat akhbar

Sinar Harian
Sinar Harian
29/06/2018
00:47 MYT
Lima maut insiden tembakan di pejabat akhbar
Anggota polis bercakap dengan orang awam ketika mengendalikan seorang penembak yang berada di dalam sebuah bangunan di Annapolis, Maryland, AS, 28 Jun, 2018. REUTERS
Sekurang-kurangnya lima maut apabila seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di dalam pejabat akhbar Capital Gazette, yang berpangkalan di sini, semalam.
Menurut polis, seorang lelaki kulit putih bersenjata senapang atau senapang patah sudah ditahan untuk siasatan.
Suspek dipercayai bertindak bersendirian dalam insiden itu.
Saksi yang juga wartawan akhbar harian terbabit, Phil David menceritakan menerusi Twitter mengenai seorang lelaki menembak menerusi pintu kaca pejabat itu ke arah beberapa pekerja.
"Tiada apa yang lebih menakutkan berbanding mendengar beberapa orang ditembak ketika kamu berada di bawah meja lalu mendengar penembak mengisi peluru ke dalam senapangnya," kata Davis.
Pemangku ketua polis daerah Anne Arundel, Bill Krampf berkata, setakat ini, lima mangsa dilaporkan maut.
Sementara jurucakap polis, Leftenan Ryan Frashure, berkata tiga lagi mangsa dilaporkan cedera.
Eksekutif daerah Anne Arundel, Steve Schuh pula berkata, suspek tidak memberikan kerjasama sepenuhnya dan setakat ini pihak berkuasa masih gagal mengesahkan identitinya.
Dalam pada itu, Krampf berkata, pihak polis berjaya menemui dan menghapuskan bahan letupan yang dipercayai dipasang suspek pada bangunan setinggi empat tingkat terbabit.
Pada masa sama, 170 kakitangan yang berada di dalam bangunan itu berjaya dibawa keluar dengan selamat. - Agensi
Topic Berkaitan
#akhbar
#Amerika Syarikat
#annapolis
#capital gazette
#letupan
#mangsa
#maut
#polis
#senapang
#senjata
#siasatan
#suspek
#tembakan
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan