[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
DUNIA

Lima maut pesawat terhempas di Virginia

Bernama 11/03/2024 | 09:02 MYT
Empat dewasa dan seorang kanak-kanak dilapor terkorban dalam nahas ini. -Bernama
MOSCOW: Sebuah pesawat enjin berkembar yang dinaiki lima individu terhempas berhampiran Lapangan Terbang Ingalls Field di Virginia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik.
"Pesawat enjin berkembar IAI Astra 1125 terhempas berhampiran Lapangan Terbang Ingalls Field di Hot Springs, Virginia, kira-kira 3 petang waktu tempatan pada Ahad, 10 Mac.
"Lima orang berada di dalam pesawat itu," menurut agensi itu dalam kenyataan pada Ahad.
Penyiar ABC News melaporkan empat dewasa dan seorang kanak-kanak meninggal dunia dalam nahas pesawat itu.
-- BERNAMA
#pesawat terhempas #Virginia #nahas pesawat #ingalls field