awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima maut, puluhan cedera dalam kejadian letupan kereta api di Bulgaria

Agensi
Agensi
10/12/2016
09:47 MYT
Lima maut, puluhan cedera dalam kejadian letupan kereta api di Bulgaria
Lebih malang apabila kereta terbabit turut merempuh tidak kurang dari 20 kediaman di perkampungan yang dihuni oleh 800 penduduk. - Foto AFP
Sekurang-kurangnya lima terbunuh manakala 23 yang lain cedera selepas sebuah gerabak kereta api yang sedang membawa gas merbahaya meletup di perkampungan Hitrino ke timur laut Bulgaria hari ini
Menurut jurucakap jabatan kecemasan, Nikolay Nikolov, lebih malang apabila kereta api terbabit turut merempuh tidak kurang dari 20 kediaman di perkampungan itu yang dihuni oleh 800 penduduk. Ramai daripada mereka dipindahkan sejurus kejadian.
Pasukan penyelamat dan bomba kini sedang berusaha mencari mereka yang terselamat dalam nahas itu.
Menurut jurucakap polis, sewaktu kejadian, kereta api itu sedang membawa 20 tangki gas propylene dan empat tangki propane butane. Akibat letupan ia tergelincir berhampiran stesen Hitrino dan dua gerabak tangki terakhir terkena palang elektrik.
Kejadian berlaku sekitar jam 5.37 pagi di perkampungan itu yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Varna, bandar pelabuhan utama di negara itu.
Topic Berkaitan
#letupan gas
#Letupan kereta api
#nahas kereta api Bulgaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan