Lima maut serangan pengebom bunuh diri di Istanbul

Agensi
Mac 19, 2016 10:17 MYT
Serangan itu berlaku di Jalan Istiklal Caddesi iaitu kawasan pejalan kaki biasanya sesak pada hujung minggu. - Foto Twitter Murat Bulut
Sekurang-kurangnya lima terbunuh dan 20 cedera dalam insiden bom bunuh diri yang menggemparkan kawasan beli-belah di Jalan Istiklal Caddesi, Istanbul pada Sabtu.
Laporan media tempatan menyatakan Gabenor Bandar, Vasip Sahin mengesahkan insiden berkenaan, namun belum dapat dipastikan sama ada pengebom yang maut termasuk dalam bilangan mangsa korban.
Serangan tersebut terjadi di kawasan pejalan kaki yang biasanya sesak pada hujung minggu.
Setakat ini, pihak polis telah mengepung sebahagian daripada kawasan terbabit yang bersempadan dengan Dataran Taksim, Istanbul.
#bom berani mati #Dataran Taksim #Istanbul #Jalan Istiklal Caddesi #pengebom