awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima muka baru hasil rombakan kabinet Australia

Astro Awani
Astro Awani
25/03/2013
11:21 MYT
Lima muka baru hasil rombakan kabinet Australia
Perdana Menteri Australia, Julia Gillard membariskan lima muka baru dalam rombakan kabinetnya selepas Gillard tidak dicabar dalam pengundian parti buruh yang diadakan baru-baru ini.
Menurut Gillard, pemilihan kelima Menteri baru berkenaan adalah bedasarkan kualiti kesetiaan yang dimiliki setiap individu terhadap kepimpinan parti.
Lima menteri baru itu dilaporkan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Jeneral Gabenor Quentin Bryce.
“Kini saya mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap calon-calon yang dipilih untuk menerajui Parti Buruh disamping percaya pihak kerajaan boleh bersatu dan bekerjasama demi kepentingan seluruh rakyat Australia,” kata Gillard.
Sementara itu, Anthony Albanese mengekalkan jawatannya dalam kabinet walaupun beliau pernah diperkatakan bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya Kevin Rudd menjadi Perdana Menteri.
Menteri Luar, Bob Carr juga berjaya mengekalkan kedudukannya di sebalik laporan media yang mendakwa beliau menyokong usaha Rudd mencabar kedudukan Gillard.
Pihak pemerhati turut menyifatkan, Australia akan mananggung malu sekiranya Carr disingkirkan kerana beliau telah dijadualkan untuk menemui Naib Presiden Amerika Joe Biden di White House pada Isnin.
Nama lain yang dilantik ialah Craig Emerson selaku Menteri Perdagangan dan Jason Clare selaku Menteri Keadilan.
Ini merupakan barisan kabinet ke-enam Australia dalam tempoh tiga tahun.
Topic Berkaitan
#Anthony Albanese
#Bob Carr
#Julia Gillard
#Kabinet Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan