Banjir: Hilir Perak catat jumlah mangsa tertinggi, pusat pemindahan di Selangor berkurangan
DUNIA

Lima murid dikelar leher lelaki bersenjatakan pisau

Astro Awani 30/11/2017 | 21:19 MYT
Lelaki itu menceroboh masuk sebuah kelas di sekolah Wenchang di wilayah Hainan dan menghayunkan pisau pada kanak-kanak secara rambang. -Gambar hiasan
Seorang lelaki bersenjatakan pisau menyerbu masuk sebuah sekolah rendah di China dan mengelar leher lima kanak-kanak dengan pisau pemotong kotak.

Dalam kejadian pada Khamis, lelaki itu menceroboh masuk sebuah kelas di sekolah Wenchang di wilayah Hainan dan menghayunkan pisau pada kanak-kanak secara rambang, lapor The Paper.

Lapor portal itu lagi, lelaki tersebut berjaya dihalang dan ditahan orang ramai yang berada di lokasi.

Kecederaan yang dialami lima kanak-kanak terbabit bagaimanapun tidak serius.

#bersenjatakan pisau #China #Hainan #Kanak-kanak #kelar leher #pisau pemotong kotak #sekolah #Wenchang