awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima negara, Kesatuan Afrika, PBB komited teruskan rundingan damai Sudan

Bernama
Bernama
15/08/2024
05:45 MYT
Lima negara, Kesatuan Afrika, PBB komited teruskan rundingan damai Sudan
Keadaan di Sudan terus meruncing di tengah-tengah konflik yang mengorbankan hampir 18,800 orang dan menyebabkan hampir 10 juta orang hilang tempat tinggal sejak April 2023. - Gambar/ Reuters
GENEVA: Lima negara yang terlibat dalam proses damai Sudan, bersama-sama dengan Kesatuan Afrika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan kenyataan ringkas pada Rabu selepas hari pertama rundingan di Geneva dengan menyuarakan komitmen mereka untuk meneruskan rundingan, lapor Agensi Anadolu.
"Kami bekerja keras di Switzerland pada hari pertama usaha diplomatik intensif untuk Sudan yang bertujuan menyokong akses kemanusiaan, menghentikan permusuhan dan memastikan pematuhan hasil rundingan Jeddah sebelum ini serta undang-undang kemanusiaan antarabangsa," menurut kenyataan yang disiarkan di X.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kesatuan Afrika dan PBB.
Perjanjian Jeddah yang ditandatangani pada 20 Mei oleh Arab Saudi, Sudan dan wakil kedua-dua pihak yang bertelagah, bertujuan memudahkan gencatan senjata selama seminggu dan pengagihan bantuan kemanusiaan di negara itu.
Rundingan damai yang bermula di Geneva pada Rabu bertujuan untuk menamatkan permusuhan di Sudan, namun perbincangan ini diteruskan tanpa persetujuan Angkatan Tentera Sudan (SAF) untuk turut serta.
Sudan kini berdepan dengan konflik yang berterusan antara tentera yang diketuai oleh Jeneral Abdel Fattah al-Burhan, ketua Majlis Kedaulatan, dan Rapid Support Forces (RSF) yang dipimpin oleh bekas timbalannya, Mohamed Hamdan Dagalo.
Keadaan di Sudan terus meruncing di tengah-tengah konflik yang mengorbankan hampir 18,800 orang dan menyebabkan hampir 10 juta orang hilang tempat tinggal sejak April 2023, menurut angka PBB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Sudan
#PBB
#Kesatuan Afrika
#AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan