Lima pekerja binaan maut di Hamburg

Bernama
Oktober 30, 2023 12:13 MYT
Lima pekerja binaan maut apabila perancah di tapak projek pembinaan bangunan di daerah HafenCity Hamburg runtuh. - Foto AP
HAMBURG: Lima pekerja binaan maut apabila perancah di tapak projek pembinaan bangunan di daerah HafenCity Hamburg runtuh, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Jurucakap bomba berkata kejadian itu berlaku pada pagi Isnin di tapak pembinaan terbesar di kawasan pelabuhan Uberseequartier.
Projek itu membabitkan pembinaan pusat beli-belah, restoran, pejabat dan hotel.
-- BERNAMA
#pekerja binaan maut #perancah runtuh #tapak projek pembinaan bangunan #HafenCity Hamburg