awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima pekerja McDonald's Singapura didiagnosis dengan COVID-19

Bernama
Bernama
12/04/2020
21:27 MYT
Lima pekerja McDonald's Singapura didiagnosis dengan COVID-19
Lima pekerja itu bekerja di empat cawangan berbeza iaitu dua bekerja di McDonald's LIDO, dan tiga lagi masing-masing bekerja di Forum Galleria, Parklane dan Geylang East Central. - Foto AFP
McDonald's Singapura pada Ahad mengumumkan lima pekerjanya telah didiagnosis dengan COVID-19.
Lima pekerja itu bekerja di empat cawangan berbeza iaitu dua bekerja di McDonald's LIDO, dan tiga lagi masing-masing bekerja di Forum Galleria, Parklane dan Geylang East Central.
"Kami memandang serius perkara ini dan mengawasinya dengan teliti dan kami memberikan sokongan dan bantuan kepada pekerja yang terjejas untuk membantu pemulihan mereka," kata Pengarah Urusan McDonald's Singapura Kenneth Chan, dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Beliau berkata semua pekerja di empat cawangan restoran itu telah diasingkan dan diminta menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.
McDonald's Singapura berkata pekerja yang terjejas itu kini menjalani rawatan di fasiliti perubatan.
Kenyataan itu juga berkata sejajar dengan garis panduan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan, kesemua empat restoran itu telah dinyahjangkit dan ditutup sehingga notis selanjutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kenneth Chan
#lido
#McDonalds
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan