awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima pelajar sekolah antara sembilan maut nahas dua bas

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2022
01:20 MYT
Lima pelajar sekolah antara sembilan maut nahas dua bas
Keadaan bas pelancong selepas merempuh sebuah bas lain di Kerala, India. - Foto Twitter/Pramod Madhav
KERALA: Sekurang-kurangnya sembilan individu, termasuk lima pelajar sekolah, maut selepas bas pelancong dinaiki mereka merempuh sebuah bas lain di Kerala, India pada Khamis.
Menurut polis, 22 yang lain cedera dalam insiden terbabit, lapor Hindustan Times.
Kejadian dipercayai berlaku selepas bas pelancong berkenaan merempuh bahagian belakang bas Kerala State Road Transport Corporation (KSRTC) ketika cuba memotong sebuah kereta di Jalan Walayar-Vadakkancherry.
Mangsa maut termasuk lima pelajar sekolah, seorang guru, dan tiga penumpang bas KSRTC.
Menurut Menteri Pengangkutan Antony Raju, siasatan awal mendapati pemandu bas pelancong berkenaan memandu melebihi had laju ditetapkan sebelum terbabas dan merempuh bas KSRTC.
Beliau turut mengarahkan siasatan terperinci berhubung insiden berkenaan.
Pemandu bas pelancong J Joemon cuba melarikan diri selepas kejadian namun berjaya ditahan polis.
Ketika kejadian, bas pelancong tersebut membawa 42 pelajar sekolah termasuk lima guru.
Topic Berkaitan
#pelajar sekolah
#KSRTC
#bas pelancong
#Kerala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan