DUNIA
Lima pelancong China maut dalam nahas bas mini di Bali
Jalan di lokasi kejadian dilaporkan kering ketika insiden berlaku, namun kawasan tersebut dikenali sebagai laluan berselekoh tajam dan sering menjadi lokasi kemalangan. -Gambar hiasan
DENPASAR: Lima pelancong warga China maut manakala lapan lagi cedera selepas bas mini yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam ke gaung cetek di kawasan pergunungan Buleleng, Bali, awal pagi Jumaat.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Buleleng, Ida Bagus Widwan Sutadi, berkata kemalangan berlaku ketika kenderaan jenis Toyota Hiace yang membawa 13 pelancong dari Denpasar menuju ke utara Bali hilang kawalan di selekoh menurun di Desa Padangbulia, Kecamatan Sukasada.
“Siasatan awal mendapati pemandu cuba mengelak pertembungan dengan kenderaan lain lalu membelok ke kiri dan melanggar pokok sebelum minibus itu terhumban ke gaung,” katanya kepada media tempatan.
Kelima-lima mangsa disahkan meninggal dunia di hospital berhampiran, manakala lapan lagi termasuk pemandu cedera ringan dan dirawat di dua hospital berasingan.
Pemandu warga Indonesia itu telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Jalan di lokasi kejadian dilaporkan kering ketika insiden berlaku, namun kawasan tersebut dikenali sebagai laluan berselekoh tajam dan sering menjadi lokasi kemalangan.
Kedutaan China di Jakarta telah dimaklumkan dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk urusan pengecaman serta penghantaran pulang mayat.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Lima pelancong warga China maut selepas bas mini terbabas di Bali, lapan cedera.
- Kemalangan berlaku di selekoh menurun, pemandu cuba elak pertembungan.
- Pemandu ditahan untuk siasatan, kawasan kejadian dikenali sebagai laluan berbahaya.
Ketua Polis Buleleng, Ida Bagus Widwan Sutadi, berkata kemalangan berlaku ketika kenderaan jenis Toyota Hiace yang membawa 13 pelancong dari Denpasar menuju ke utara Bali hilang kawalan di selekoh menurun di Desa Padangbulia, Kecamatan Sukasada.
“Siasatan awal mendapati pemandu cuba mengelak pertembungan dengan kenderaan lain lalu membelok ke kiri dan melanggar pokok sebelum minibus itu terhumban ke gaung,” katanya kepada media tempatan.
Kelima-lima mangsa disahkan meninggal dunia di hospital berhampiran, manakala lapan lagi termasuk pemandu cedera ringan dan dirawat di dua hospital berasingan.
Pemandu warga Indonesia itu telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Jalan di lokasi kejadian dilaporkan kering ketika insiden berlaku, namun kawasan tersebut dikenali sebagai laluan berselekoh tajam dan sering menjadi lokasi kemalangan.
Kedutaan China di Jakarta telah dimaklumkan dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk urusan pengecaman serta penghantaran pulang mayat.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa yang menyebabkan kemalangan bas mini di Bali yang meragut nyawa lima pelancong warga China?
A: Pemandu cuba mengelak pertembungan dengan kenderaan lain, menyebabkan bas mini terbabas dan terjunam ke gaung cetek. - Q: Berapa jumlah pelancong warga China yang cedera dalam kemalangan tersebut?
A: Lapan pelancong warga China cedera ringan dan dirawat di dua hospital berasingan. - Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap pemandu bas mini selepas kemalangan?
A: Pemandu warga Indonesia telah ditahan untuk siasatan lanjut berkenaan kemalangan bas mini di Bali. - Q: Bagaimana tindakan kedutaan China di Jakarta menyokong dalam kes kemalangan ini?
A: Kedutaan China di Jakarta sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk urusan pengecaman dan penghantaran pulang mayat mangsa.