DUNIA
Lima rakyat Palestin maut dalam serangan udara Israel di tengah Gaza walau dalam gencatan senjata
Saksi berkata sebuah jet pejuang mengebom sebuah kedai kopi di kawasan perumahan di barat Al-Zawayda. - Reuters
BANDARAYA GAZA /ISTANBUL: Lima rakyat Palestin maut dan beberapa orang lagi cedera dalam serangan udara Israel di tengah Semenanjung Gaza pada Ahad walaupun gencatan senjata antara Israel dan Hamas masih berkuat kuasa, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik sumber perubatan.
Saksi berkata sebuah jet pejuang mengebom sebuah kedai kopi di kawasan perumahan di barat Al-Zawayda, lokasi yang menempatkan beberapa hospital serta khemah pelarian penduduk yang dipindahkan.
Al-Zawayda tidak termasuk dalam kawasan yang diduduki Israel di bawah perjanjian gencatan senjata yang mula berkuat kuasa pada 10 Okt antara Israel dan Hamas.
Serangan itu berlaku tidak lama selepas tentera Israel melancarkan serangan udara di Rafah, selatan Gaza, dengan alasan pasukannya diserang peluru berpandu dan tembakan di kawasan berkenaan. Hamas bagaimanapun menafikan penglibatannya dalam insiden itu.
Perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas dicapai pada 8 Okt, berasaskan pelan berfasa yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Fasa pertama termasuk pembebasan tawanan Israel sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin. Pelan itu turut merangkumi usaha membangunkan semula Gaza serta penubuhan mekanisme pentadbiran baharu tanpa penglibatan Hamas.
Sejak Oktober 2023, serangan genosid Israel telah meragut hampir 68,200 nyawa dan mencederakan lebih 170,200 orang, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini