RAMALLAH: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan tentera Israel di Tebing Barat pada Selasa, lapor Agensi Anadolu memetik Kementerian Kesihatan dan media Israel.
Kementerian itu memaklumkan bahawa satu kematian dilaporkan berlaku di bandar Beit Ummar berhampiran bandar Hebron dan dua lagi di kampung Kafr Ein, di barat laut Ramallah.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkam pegawai perubatannya merawat 22 rakyat Palestin yang cedera akibat ditembak di Beit Ummar.
Menurut penduduk tempatan, pertempuran ganas meletus antara tentera Israel dan rakyat Palestin ketika tentera Israel melakukan serbuan.
Saksi mendakwa tentera Israel menggunakan peluru hidup, peluru bersalut getah, dan gas pemedih mata semasa pertempuran.
Sementara itu, seorang lagi warga Palestin ditembak mati tentera Israel selepas dia didakwa memukul seorang warga Israel di Tebing Barat yang diduduki, menurut penyiar awam KAN.
KAN juga melaporkan seorang pemandu warga Palestin bertindak melanggar seorang wanita Israel berhampiran penempatan Kochav Yaakov di tengah Tebing Barat.
Tentera Israel bertindak mengejar dan menembak mati pemandu terbabit, manakala wanita itu dilaporkan mengalami kecederaan.
Seorang lagi remaja Palestin maut selepas ditembak di dada oleh tentera Israel di kampung al-Mugir, timur laut Ramallah, menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berasingan.
Remaja berkenaan dikenali Raid al-Nasan berusia dua puluhan, lapor agensi berita Wafa.
Saksi mendakwa, tentera Israel menyerbu al-Mugir dengan menggunakan peluru hidup dan melepaskan gas pemedih mata terhadap berpuluh-puluh rakyat Palestin.
Ketegangan memuncak di Tebing Barat dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini susulan serbuan berterusan Israel bagi menahan "rakyat Palestin yang dikehendaki" atau bertujuan untuk merobohkan kediaman mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022
Ketegangan memuncak di Tebing Barat dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini susulan serbuan berterusan Israel bagi menahan "rakyat Palestin yang dikehendaki".- Fail/AP
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Libya giat langkah kumpul derma untuk Gaza
Libya tampil dengan beberapa inisiatif mengumpul dana untuk dihantar ke Gaza.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Kisah bayi Leila Jeneid bukti Israel tidak berhati perut
Leila Jeneid, bayi yang berusia dua bulan belum lagi berkesempatan merasai nikmat hidup dan mendapat pelukan mesra keindahan dunia. Baru sahaja mencelik mata, dia sudah diuji dengan kesengsaraan kekurangan zat sehingga menyebabkannya berakhir di hospital.
TikTok perkenal pusat pilihan raya bagi tangani info palsu
TikTok merancang untuk melancarkan pusat pilihan raya dalam talian di platform itu sebagai sebahagian daripada usaha menyokong integriti pilihan raya sepanjang 2024.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat 27 Mac susulan cuaca panas.
Puluhan wau 'warnai' langit malam Kampung Panchor
Cuaca panas yang melanda Kedah sejak kebelakangan ini dilihat sedikit sebanyak merubah rutin seharian penduduk setempat. Di Kampung Panchor, Pendang, sekumpulan anak muda telah memulakan satu aktiviti yang jarang dilihat di kawasan lain iaitu bermain wau pada waktu malam.
Dua jasad dari enam mangsa hilang ditemukan
Dua jasad daripada enam pekerja pembinaan yang hilang dalam insiden jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat telah ditemukan pada Khamis.
6 kereta, tiga rumah terjejas dalam kejadian pokok tumbang di KL
Hujan lebat di sekitar kawasan Kuala Lumpur pada petang Khamis menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghempap kenderaan orang awam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza dilancar
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, iaitu antara inisiatif kerajaan Selangor bagi membangunkan semula wilayah Gaza di Palestin.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Tol percuma pada 8 dan 9 April sempena Aidilfitri - Nanta
Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan tol percuma selama dua hari pada 8 dan 9 April kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan kelas 1 (persendirian) yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri tahun ini.
Majoriti rakyat AS tidak setuju dasar Biden mengenai konflik Gaza - Tinjauan
Sebanyak 60 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak bersetuju dengan cara Presiden AS Joe Biden mengendalikan konflik antara Israel-Hamas di Semenanjung Gaza, lapor Sputnik.
Amnesty International, OIC desak siasatan segera terhadap serangan bantuan di Gaza
Amnesty International menggesa siasatan segera terhadap pembunuhan lebih 100 rakyat Palestin yang menunggu bekalan makanan di Gaza oleh tentera Israel.
Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat untuk Palestin esok
Masjid di bawah seliaan JAKIM akan mengadakan solat sunat hajat bagi mendoakan kesejahteraan umat Islam di Palestin, esok.
Sekurang-kurangnya AS$20 bilion diperlukan untuk bangunkan semula Gaza - Hayat Yolu
Hayat Yolu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan menganggarkan sekurang-kurangnya AS$20 bilion diperlukan untuk pembinaan semula Gaza selepas perang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MT UMNO setuju minta kerajaan tubuh Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia - Asyraf Wajdi
Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebulat suara bersetuju untuk meminta kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia, kata Setiausaha Agung parti itu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Tebing Barat turut jadi medan sasaran pembunuhan beramai-ramai oleh Israel
Jenayah kejam Israel melibatkan pembunuhan berama-ramai kini menjadi-jadi setiap hari di bandar-bandar Palestin sejak 7 Okt lalu.
Palestin zahir penghargaan kepada PM Anwar dan rakyat Malaysia
Palestin menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Anwar serta seluruh rakyat Malaysia di atas kesungguhan, keprihatinan serta bantuan yang dihulurkan buat rakyat Palestin di Gaza.
Parlimen Malaysia suarakan sokongan perjuangan rakyat Palestin di mesyuarat PUIC
Datuk Ramli Mohd Nor menyuarakan sokongan Parlimen Malaysia terhadap perjuangan dan hak rakyat Palestin di mesyuarat PUIC.
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu tanda solidariti kepada Palestin, mangsa banjir - Fahmi
Kerajaan Persekutuan tidak membuat sebarang perancangan untuk mengadakan sambutan Ambang Tahun Baharu 2024.