Lima sukarelawan Bulan Sabit Merah terbunuh di Sudan

IFRC berkata kelima-lima mereka terbunuh ketika bertugas di bandar Bara, Kordofan Utara sebagai sebahagian daripada pasukan pengagihan makanan. - Gambar hiasan/ IFRC
GENEVA: Lima sukarelawan Bulan Sabit Merah terbunuh ketika menjalankan misi rasmi di Sudan, menurut Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Lima sukarelawan Bulan Sabit Merah terbunuh ketika menjalankan misi pengagihan makanan di bandar Bara, Kordofan Utara, manakala tiga lagi dilaporkan hilang, menurut Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC).
- IFRC menyatakan kesemua petugas memakai ves Bulan Sabit Merah yang sepatutnya memberikan perlindungan, namun tiada maklumat diberikan mengenai pihak yang melakukan serangan.
- Sejak konflik antara Rapid Support Forces (RSF) dan tentera Sudan bermula pada 2023, seramai 21 kakitangan telah terbunuh di Sudan, manakala 25 petugas Palang Merah terbunuh di seluruh dunia tahun ini.
"Kami berasa ngeri, terkejut dan amat sedih" dengan insiden pembunuhan itu," menurut IFRC.
Bagaimanapun, pertubuhan induk itu tidak memberikan sebarang maklumat mengenai pihak yang melakukan serangan.
Di Sudan, seramai 21 kakitangan telah terbunuh sejak pertempuran antara pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) dan tentera Sudan bermula pada 2023, menurut persekutuan itu. Di seluruh dunia, pergerakan Palang Merah telah kehilangan 25 rakan sekerja tahun ini, katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


