awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima terbunuh dalam konflik sekatan jalan raya di Bolivia

Bernama
Bernama
13/06/2025
05:45 MYT
Lima terbunuh dalam konflik sekatan jalan raya di Bolivia
Konflik semakin memuncak, khususnya di kawasan perlombongan Llallagua dan sepanjang laluan utama di Cochabamba, iaitu jalan penghubung utama antara timur dan barat Bolivia. - Gambar/ Reuters
LA PAZ: Sekatan jalan raya yang berlangsung sejak 11 hari lalu di Bolivia telah mencetuskan pertembungan ganas antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan, mengorbankan lima orang termasuk empat anggota polis, lapor pihak berkuasa tempatan pada Khamis.

Ringkasan AI
  • Sekatan jalan raya selama 11 hari di Bolivia telah mencetuskan pertembungan ganas antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan, mengakibatkan lima kematian termasuk empat anggota polis.
  • Insiden berlaku di kawasan perbandaran Llallagua dan Cochabamba, melibatkan penyokong bekas Presiden Evo Morales yang menyekat jalan utama negara.
  • Konflik semakin memuncak di kawasan perlombongan dan laluan penghubung utama antara timur dan barat Bolivia, menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan dan kestabilan negara.

Pejabat Pendakwa Raya Bolivia setakat ini mengenal pasti lima kematian susulan pertembungan berkaitan sekatan jalan raya itu, lapor Xinhua.
Pengarah Kebangsaan Institut Penyelidikan Forensik, Ana Katherine Ramirez mengesahkan lima kematian melibatkan tiga anggota polis dan seorang anggota bomba yang turut merupakan anggota polis, kesemuanya di kawasan perbandaran Llallagua, selain seorang orang awam dari sebuah komuniti luar bandar di jabatan tengah Cochabamba.
Kematian berlaku selepas pertembungan antara polis dan penunjuk perasaan, penyokong bekas Presiden Bolivia Evo Morales yang bertindak menyekat jalan-jalan utama di negara itu.
Konflik berkenaan semakin memuncak, khususnya di kawasan perlombongan Llallagua dan sepanjang laluan utama di Cochabamba, iaitu jalan penghubung utama antara timur dan barat Bolivia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bolivia
#tunjuk perasan Bolivia
#penunjuk perasaan maut
#Sekatan Jalan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami