Lima terbunuh nahas pesawat Cessna di Zimbabwe

Astro Awani
November 23, 2018 23:37 MYT
Kejadian berlaku di Pergunungan Chamanjirenji dekat kawasan Tokwane-Ngundu, di wilayah Masvingo.
Lima terbunuh di Zimbabwe, termasuk empat pelancong dari Finland, apabila satu pesawat jenis Cessna 182 terhempas pada Jumaat.
Kejadian berlaku di Pergunungan Chamanjirenji dekat kawasan Tokwane-Ngundu, di wilayah Masvingo.
Kemalangan turut mengorbankan juruterbang pesawat yang dikenali sebagai Barry Style, warga Zimbabwe.
Kesemua pelancong itu dipercayai menaiki pesawat berkenaan dari Lapangan Terbang Buffalo Range menuju ke Chiredzi, bagi menyertai satu ekspedisi memburu.
Nahas dipercayai terjadi akibat keadaan awan yang tebal.
#Cessna 182 #kemalangan #Masvingo #Nahas #pesawat #terhempas #Zimbabwe