DUNIA
Lintasan Rafah kekal ditutup hingga notis baharu - Netanyahu
Trak-trak yang membawa bantuan kemanusiaan beratur panjang di sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir menunggu giliran dibenarkan masuk oleh pihak berkuasa, pada Khamis lalu. - Gambar Reuters
KAHERAH: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Sabtu mengumumkan, lintasan sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir akan kekal ditutup sehingga diberitahu kelak, sambil mengaitkan pembukaannya dengan penyerahan baki mayat tebusan Israel oleh Hamas.
Pengumuman itu dibuat hanya beberapa jam selepas Kedutaan Palestin di Kaherah memaklumkan, ntasan Rafah - satu-satunya pintu utama keluar masuk ke Semenanjung Gaza - akan dibuka semula pada Isnin bagi kemasukan bantuan dan individu ke wilayah berkenaan.
Bagaimanapun, Hamas kemudiannya memaklumkan akan menyerahkan dua lagi mayat tebusan Israel pada jam 10 malam waktu tempatan, menjadikan 12 daripada 28 mayat tebusan Israel telah diserahkan setakat ini di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tebusan yang dimediasi Amerika Syarikat.
Israel tuduh Hamas sengaja lengah serah mayat
Pertikaian berhubung proses penyerahan mayat tebusan ini menonjolkan kerapuhan gencatan senjata semasa, yang merupakan sebahagian daripada Pelan 20 Perkara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menamatkan perang di Gaza.
Di bawah perjanjian itu, Hamas telah membebaskan semua 20 tebusan Israel yang masih hidup selepas ditahan selama dua tahun, sebagai pertukaran dengan hampir 2,000 tahanan Palestin di penjara Israel.
Namun, Israel menuduh Hamas melengahkan pemulangan mayat tebusan sebagai alat tekanan politik.
Hamas pula menegaskan, proses pencarian mayat di kawasan Gaza yang musnah teruk memerlukan masa dan peralatan khas.
Pegawai Israel turut mengesahkan bahawa sebagai sebahagian daripada pertukaran itu, 15 mayat pejuang Palestin dikembalikan bagi setiap mayat tebusan Israel yang diterima.
Bantuan kemanusiaan masih tidak mencukupi
Lintasan Rafah telah ditutup hampir sepenuhnya sejak Mei 2024, menyebabkan ribuan penduduk Gaza terus terperangkap dan tidak dapat meninggalkan wilayah yang dilanda perang itu.
Perjanjian gencatan senjata turut menetapkan peningkatan kemasukan bantuan kemanusiaan, namun menurut Program Makanan Dunia (WFP), hanya purata 560 tan metrik makanan sehari dibenarkan masuk sejak gencatan bermula - masih jauh daripada keperluan sebenar penduduk Gaza.
Sebelum ini, Israel memutuskan sepenuhnya bekalan ke Gaza selama 11 minggu pada Mac, sebelum membuka semula laluan bantuan secara berperingkat pada Julai dan selepas gencatan senjata dikuatkuasakan.
Inisiatif damai Trump terus dipersoal
Penganalisis antarabangsa melihat halangan besar masih membayangi pelan damai Trump, termasuk isu pelucutan senjata Hamas, masa depan pentadbiran Gaza, pembentukan pasukan penstabilan antarabangsa, serta langkah ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka.
Kenyataan terbaharu Netanyahu itu mencerminkan jurang ketidakpercayaan yang semakin dalam antara kedua-dua pihak, sekali gus menyukarkan usaha mediator antarabangsa mengekalkan momentum gencatan senjata dan proses perdamaian yang rapuh. - Agensi